Friday, 11 July 2014

HATI2 DENGAN AGENDA SUFI PALSU DAN PENOLAK HADIS JIHAD

"Kita telah pulang dari jihad yang kecil
( peperangan) dan kita menuju kepada jihad
yang
lebih besar/paling besar. Para sahabat
berkata:
Apakah jihad yang paling besar? Rasulullah
berkata: Jihad menentang hawa nafsu."
Kedudukan Hadis:
Hadis ini telah dinilai sebagai hadis dhaif
oleh
Syuaib al Arnaouth ketika beliau menyemak
hadis-hadis di dalam buku Jami’ al ‘Ulum Wa
al
Hikam tulisan Ibn Rajab al Hanbali.Beliau
telah
mengambil pandangan Ibnu Hajar al Asqalani
yang menyatakan bahawa kata-kata ini ialah
kata-kata seorang ulama tabiin yang bernama
Ibrahim Bin ‘Ablah.
Menurut al Albani dalam Silsilah al Ahadith al
Dhaifah: Munkar. Al Albani telah menukilkan
kata-kata Ibnu Taimiyyah (728H) dalam
Majmu’
al Fatawa:
Tidak ada asalnya (hadis tersebut) dan tidak
diriwayatkan oleh pakar-pakar yang
mengetahui
tentang kata-kata Nabi SAW dan perbuatan
baginda. Dan memerangi orang-orang kafir
(jihad) adalah sebesar-besar amalan bahkan
merupakan amalan yang terbaik yang
dilakukan
oleh seseorang manusia.
Ulasan:
Hadis ini boleh menyebabkan sebahagian
umat
Islam tersalah anggap lantas memperkecilkan
kefardhuan jihad dan keagungan pahala
mereka
yang berjihad sebagaimana yang telah
disebutkan di dalam Al Quran dan hadis-hadis
sahih. Hadis ini sering digunakan oleh
mereka
yang bercakap atas nama kesufian untuk
menunjukkan betapa pentingnya jihad
melawan
kehendak hawa nafsu. Tiada siapa yang
menafikan perlunya kita melawan nafsu yang
ingin mengajak ke arah maksiat dan sudah
sedia
ada di dalam hadis-hadis sahih tentang
kepentingan mujahadah menentang kehendak
nafsu ini seperti hadis Nabi SAW:
Maksudnya: Orang yang berjihad ialah yang
berjuang menentang kehendak dirinya (yang
buruk).
Tetapi hadis ini tidaklah sampai bermaksud
seperti yang digambarkan oleh hadis palsu
tadi
sehingga ke tahap menjadikan peperangan itu
kecil dan melawan nafsu lebih besar
mengatasi
segalanya. Firman ALLAH:
Maksudnya : Orang-orang yang beriman,
berhijrah dan berjihad pada jalan ALLAH
dengan
diri mereka sendiri dan harta mereka lebih
besar
pahalanya (dari orang yang hanya
memberikan
harta dan tidak pergi ke medan peperangan)
di
sisi ALLAH dan itulah orang-orang yang
berjaya.
Di dalam Islam terdapat pelbagai jenis jihad
dan
di antaranya ialah jihad peperangan
mempertahankan Islam daripada musuh,
jihad
dalam menuntut ilmu, jihad membangunkan
ekonomi, jihad menentang hawa nafsu yang
menjurus ke arah maksiat dan lain-lain lagi.
Namun begitu, hadis yang disebutkan tadi
adalah
dhaif atau lebih rendah kedudukannya dan
kita
dilarang menggunakan hadis sedemikian
dalam
menyatakan sesuatu hukum. Marilah kita
menggunakan hadis-hadis sahih dalam
menentukan sesuatu perkara atau hukum.
Inilah
perkara yang telah disarankan oleh para
ulama
sejak dahulu hingga kini.

No comments:

Post a Comment