Wednesday, 24 September 2014

PEMBETULAN ADAB TIDUR DALAM YG DIAJAR TABLIGH

DIBAWAH INI ADALAH FAHAMAN TAUHID SAYA DAN RAKAN-RAKAN SEMASA BERGERAK SEBAGAI KARKUN DALAM DIDIKAN  GERAKAN TABLIGH DI MALAYSIA

A. TAUBAT YANG PERTAMA 
(ADAB TIDUR)


1. Dahulu aku pernah menerangkan adab Tidur seperti di bawah ini;

 
Contoh 1


"Tuan-tuan, adab Tidur yang datangnya dari Rasululah saw itu ada 2 cara;
  
  • Cara Pertama ialah kita tidur di atas lambung kanan seperti keadaan mayat diletakkan di dalam kubur. Muka dan badan kita menghadap ke arah qiblat. 
  • Cara Kedua ialah tidur menegak, iaitu kita letakkan kepala ke arah qiblat, dan kaki ke arah yang berlawanan Qiblat.

2. Ayat-ayat yang saya katakan di atas seolah-olah seperti begini.
  • Saya yakin kedua-dua cara tidur ini adalah cara atau Sunnah Nabi saw. 
  • Kaki tidak boleh menghadap ke arah Qiblat kerana ia merupakan suatu perbuatan yang tidak beradab dan juga merupakan suatu dosa jika dilakukan.

Maafkan aku wahai sahabat-sahabatku kerana menyampaikan sesuatu yang salah lagi menyesatkan ini kepada kamu semua.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

A. PENERANGAN TAUBAT PERTAMA

1. Para pembaca sekalian, jika kita tidak mengenal adab tidur yang sebenar. Maka, kita semua akan percaya dan mengikut seperti apa yang di sampaikan oleh orang-orang Tabligh ini.
 
2. Jatuh kita ke dalam keburukan kerana Jahil di dalam Agama, malah perkara yang sesat ini kita sampaikan kepada orang lain dengan sangkaan ini merupakan Sunnah Nabi saw yang sebenarnya.

 
3. Lalu, kita lagangkan perkara salah ini di atas nama Nabi saw tanpa sebarang bukti dan sumber rujukan. Maka! Satu lagi tiket ke Neraka Jahannam telah ditempah kepada si penyampai Adab Tidur yang dikatakan dari Nabi saw ini.
 

4. Kepada orang-orang Tabligh! Sila nyatakan Ayat Al-Quran dan Al-Hadis yang menjelaskan perkara-perkara ini secara tepat, dari Kitab apa, karangan siapa, halaman dan juzu’ berapa, syarikat percetakan dan tahun percetakannya.
 

5. Jika kata-kata di atas tidak berdasarkan mana-mana sumber atau Kitab,maka ia merupakan pendustaan oleh orang-orang Tabligh itu sendiri.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
6. Untuk mengetahui adab Tidur yang sebenar, marilah kita sama-sama membuka Kitab Maraqil ‘Ubudiyyah, bagi Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar, Al-Banteni At-Tanari, m/s 41, baris 15 dari bawah. Beginilah nas Ibarah Kitabnya,


 - .....Dan, bermula mengadap Qiblat itu di atas dua bahagi. Salah satu dari keduanya itu, mengadap Qiblat bagi orang yang hadir kepadanya oleh kematian. Dan, dia itu tidur terlentang di atas tengkuknya.
 

Maka, bentuk mengadap Qiblat orang yang tidur terlentang itu, bahawa adalah mukanya, dan kedua tapak kakinya mengadap ke arah Qiblat.
................................
7. Dan, tersebut lagi di dalam Kitab Ihya’u Ulumiddin, bagi Al-’Alim Al-’Ulama Hujjatul Islam Ila Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali, Juzu’ 1, m/s 349.


 
- ...Dan adab ke tujuh, bahawa tidur ia mengadap akan Qiblat. Dan, bermula mengadap Qiblat itu atas dua bahagi. Salah satu dari keduanya, mengadap Qiblat orang yang hadir kepadanya kematian.
 

Dan, yaitu terlentang di atas tengkuknya. Maka, mengadap Qiblat orang yang tidur terlentang itu bahawa adalah mukanya, dan dua tapak kakinya mengadap ke Qiblat.
......................................


8. Dan, tersebut lagi di dalam Kitab Siarus Salikin Fi Thariqatis Sadaatis Suffiyah, yang diterjemah dari Kitab Lubabu Ihya’i Ulumiddin Al-’Alim Al-’Ulama’ Hujjatul Islam Ila Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali. Oleh Al-’Allamah Al-‘Arifu Billah Asy-Syaikh Abdussamad Al-Falimbani Rahimahullah Hi Taala, Juzu’ 1, m/s 230, baris 11 dari atas.


 
- (Dan Adab yang ketujuh) Sunnah ia tidur mengadap Qiblat. Bermula mengadap qiblat itu atas dua bahagi.

 
a. Pertama, seperti orang yang hampir mati iaitu terlentang di atas belakangnya. Dan, adalah mukanya, dan dua tapak kakinya itu, kepada qiblat itu.

 
b. Kedua, menghadap qiblat seperti mayat di dalam kubur. Yaitu (Iaitu), dijadikannya akan lambungnya yang kanan itu ke bawah. Dan, adalah mukanya, dan dadanya itu, mengadap qiblat.”

..........................

 
9. Di sini, dapatlah difahami bahawa Adab Tidur yang sebenar ialah muka kita, dada kita dan kedua tapak kaki kita mestilah menghadap ke arah Qiblat.
 

10. Setelah diterangkan segala panjang lebar Nas Agama seperti di atas, tetapi tiba-tiba muncul seseorang manusia berkata,

“Mana boleh, tidak elok kaki itu mengadap Qiblat.”
 
11. Ketahuilah olehmu, bahawasanya manusia yang muncul ini merupakan manusia yang suka mendahului aqalnya lebih dari Nas Agama. Maka, jauhkanlah diri kamu akan orang yang bersifat seperti ini.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

12. Ketahuilah wahai para pembaca yang cintakan Allah! Telah dikhabarkan kepada kami, bahawa kedudukan kita ini di Asia Tenggara adalah di bahagian Tenggara Kaabah. Dan, ia juga mengadap bahagian Al-Hajarul Aswad di sebelah tenggara Kaabah.
 
13. Binaan Kaabah atas bumi sememangnya begini. Empat segi mewakili empat arah. Kalau nak tengok peta, ada dalam Kitabnya bernama Sullamul Munajah Syarah ‘ala Syafinatus Solah, m/s 14. Ada gambar peta di situ, sudut Al-Hajarul Aswad tepat jatuh pada Banten Tanara, Pulau Jawa.



14. Adalah salah satu Sunnah Nabi saw, bahawa kita melakukan perbuatan mengucup atau mencium Batu Al-Hajarul Aswad di Makkatul Mukarramah. Adalah satu kemulian juga bagi kita, jika kita dapat mengucup di tempat yang mana bibir Nabi Muhammad saw kucupi. Mudah-mudahan selamatlah kita dari api neraka.
 

15. Seperti apa yang dipelajari di atas, tatkala kita bangun dari tidur dan mengangkat badan kita. Maka, muka dan dada kita akan terus menghadap qiblat.

16. Bukanlah seperti apa yang diajarkan oleh orang-orang Tabligh, bila mana seseorang itu bangun dari tidurnya, punggung mereka telah awal-awal lagi sudah dihadapkan ke arah qiblat. Jadi, mereka telah membelakangi dan membuntuti Al-Hajarul Aswad.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


D. KESIMPULAN

1. Sedarlah wahai-wahai Sahabat-sahabatku yang takutkan Allah! Istimewanya, orang-orang Tabligh yang benar-benar ingin mencari Keampunan Allah!
 
2. Janganlah ada di antara kita di sini yang gemar berkata-kata Agama (Berdakwah) di dalam keadaan Jahil. Larangan berkata-kata Agama di dalam keadaan Jahil adalah merupakan larangan dari Nabi Muhammad saw sendiri.
 

3. Ketahuilah olehmu! Apabila seseorang berkata-kata Agama di dalam keadaan Jahil, maka telah jatuh (berlaku) ke atas diri mereka, melakukan perbuatan-perbuatan yang Bidaah pada Iktiqad (Tauhid) dan Perkataan.
 

4. Marilah kita sama-sama mendengar dengan sepenuh perhatian dengan apa yang disampaikan oleh Tuan Guru kita yang sangat ‘Alim lagi ‘Allamah iaituAsy-Syaikh Muhammad Arsyad bin Abdullah Al-Banjari, di dalam Kitabnya iaitu Kitab Tuhfatur Raghibin Fi Bayani Haqiqati Imanilmu’minin Wama Yufsiduhu Min Riddatil Murtaddin, m/s 17, baris 11 dari bawah.

 
Ertinya,


(Hubaya-hubaya! Hai Tholib / Hati-hati! Wahai Penuntut.)

Pelihara akan dirimu daripada Iktiqad (Aqidah dan Tauhid), dan Perkataan, dan Perbuatan yang Bidaah.
 
( Seperti apa yang kami terangkan mengenai Adab Tidur di atas, orang-orang Tabligh ini telah mereka suatu Bidaah pada Perbuatan.

 
Orang-orang Tabligh ini juga banyak melakukan Bidaah dari Segi Perkataan pada Majlis Bayan (Penerangan) mereka.

 
Dan, lantaran kerana banyak berkata-kata inilah, mereka jatuh kepada Bidaah yang lebih dahsyat, iaitu melakukan Bidaah pada Iktiqad (Iaitu, merekacipta Iktiqad (Keyakinan) yang menyalahi apa-apa yang dinyatakan di dalam Kitab Tauhid Al-Asya’irah.). – Pent.)

 
(Dan) Janganlah bersahabat dengan Qaum yang mempunyai Bidaah lagi Dholalah (Sesat). Dan, janganlah muliakan mereka itu.
(Kerana), Sabda Nabi saw,


 
Ertinya, “Barangsiapa memuliakan akan ahli Bidaah. (Dari Segi Iktiqad, Perbuatan dan Perkataan. – Pent.)

 
(Maka, sa nya) Menolongi ia pada meruntuhkan Agama Islam.
Telah meriwayatkan akan Hadis ini Imam Baihaqiyy.

 
(Dan) Lagi Sabda Nabi saw,

 
Ertinya, “Ahli Bidaah itu, sejahat-jahat Makhluq dan Tabiat (Perangai).”
Telah meriwayatkan akan Hadis ini Abu Nu’aim.

 
(Dan lagi) Sabda Nabi saw,


Ertinya, “Barangsiapa menghinakan Ahli Bidaah, nescaya disentosakan Allah Taala akan dia pada hari Qiamat, daripada haru hara terkejut yang amat besar.Dan, dipeliharakan Allah Taala akan dia, daripada bahaya.”

 
(Ketahui) Olehmu Hai Tholib, bahawasanya semata daripada Kurnia Allah Taala, kepada segala Hambanya. Tiada jua Zahir (Muncul) Ahli Bidaah itu pada suatu tempat, melainkan dizahirkan (dimunculkan) Allah Subhanahu Ta’ala seorang Hambanya yang mendirikan Hujjah dan Dalil yang menolakkan Bidaah.

 
(Yakni, seseorang yang akan bangun mendirikan Kebenaran dan menolak dari perkara Bidaah itu, adalah dari kalangan mereka sendiri. – Pent.)

 
Seperti, Sabda Nabi saw,

 
Ertinya, “Tiada Zahir ahli Bidaah, melainkan adalah dizahirkan Allah Taala atas mereka itu seorang daripada Hambanya yang membangkitkan Hujjah, dan Dalil yang menolakkan Bidaah itu.” Telah meriwayatkan Hadis ini Ibnu Hakim.

 
(Soal) Apa Murad (Maksud) daripada Bidaah itu. (Jawab) Bahawa, Murad daripada Bidaah itu, mengadakan dan membaharui suatu pekerjaan yang tiada daripada Agama Nabi kita Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wassalam sama ada pekerjaan itu Iktiqad atau Perbuatan.

 
( Orang yang tidak pernah mengaji Agama, mereka hanya kenal perkara Bidaah Perbuatan sahaja. Sedangkan, ada juga Bidaah dari segi Iktiqad.

 
Tidakkah kamu sedar wahai orang-orang Tabligh?
 
Perbuatan kamu penuh dengan Perbuatan Sunnah Nabi saw. Tetapi, Iktiqad(Aqidah dan Kepercayaan) kamu adalah penuh dan sarat dengan Aqidah yang sesat, lagi bertentangan dengan Aqidah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad saw. – Pent.).
....................................................
5. Sayugianya, peliharalah dan sampaikan peringatan ini kepada dirimu, keluargamu, dan saudara-saudaramu dari melakukan perkara-perkara Bidaah pada IktiqadPerbuatan dan Perkataan.


6. Dan, jika ada di antara mereka yang engkar dengan apa yang kamu sampaikan, maka janganlah kamu bersahabat dengan mereka.

 
7. InsyaAllah, di dalam risalah-risalah yang akan datang! Kami akan bangkitkan hujjah-hujjah dan dalil-dalil yang lebih banyak lagi, bagi menolak perkara-perkara Bidaah Iktiqad (Tauhid) dan Perkataan yang berlaku di dalam Jamaah Tabligh, yang membawa kepada jatuhnya Hukum Riddah (Murtad).
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JEMAAH TASKIL STUDENT BERTAUBAT 9

TAUBAT SI JEMAAH TABLIGH (9) - Pengertian Ayat Zahir dan Hakikat

  PERINGATAN !!!

1.      Kami tidak menghalang orang-Orang Tabligh yang ingin berdakwah dan menghidupkan Sunnah Nabi saw, Mengajak mengerjakan Solah dan sebagainya.

2.      Tetapi, kami menghalang berkata-kata Agama di dalam Keadaan Jahil, dan berkata-kata Agama itu bersumberkan dari mulut-mulut orang lama Tabligh (Eldest) yang tiada bersumberkan dari mana-mana Kitab Muktabar.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DI BAWAH INI ADALAH FAHAMAN TAUHID SAYA SEMASA BERGERAK SEBAGAI KARKUN DALAM DIDIKAN  GERAKAN TABLIGH DI MALAYSIA

D. TAUBAT YANG KE-9
(Pengertian Ayat Zahir dan Hakikat)



1. Pada ketika dahulu semasa aku bergerak di dalam usaha Tabligh, aku telah berkata seperti begini :

 Contoh 1

- Tuan-tuan, kalau orang yang tidak mengikut jemaah Tabligh, mereka akan tafsirkan ayat Al-Quran Surah Ar-Ra’d seperti begini,

“Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubahnya sendiri.”

Akan tetapi, orang yang buat usaha Tabligh, mereka akan memahami ayat ini sebagai begini,

“Allah tidak akan mengubah iman sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri mengubah iman mereka, atau mengusahakan iman mereka.”

Itulah tuan-tuan bezanya kefahaman orang yang dah buat korban yang banyak dalam agama. Jadi tuan-tuan, kita kena tambah korban lagi dan lagi untuk faham agama.

2. Daripada kata-kata ku di atas, apa yang difahami di waktu dahulu adalah sebegini.
  
 - Dalam Al-Quran, ada ayat yang menyatakan kita kena ubah nasib kita sendiri.  Kita kena usaha atas iman sebab iman belum ditentukan lagi.
 
Maafkan aku wahai sahabat-sahabatku kerana menyampaikan sesuatu yang Murtad lagi memurtadkan ini kepada kamu semua.


H. PENERANGAN TAUBAT YANG KE-9.

1.      Seperti apa yang dinyatakan di atas, bagi mereka (orang awam) yang TIDAK pernah belajar ILMU Agama, pasti mereka sama sekali akan mudah termakan dengan apa yang dikatakan oleh Orang-orang Tabligh.

2.      Tetapi bagi kami yang sudah belajar Kitab-kitab Muktabar, terdapat tiga kesalahan yang sangat besar sekali terkandung di dalam kata-kata di atas. Na’uzubillahiminzalik.

i.              Kesalahan Pertama Yang Amat Besar : Mengambil terjemahan Ayat Al-Quran semata-mata tanpa menggunakan Kitab Tafsir Al-Quran dengan Kaedahnya yang betul. (Salah mengambil ayat juga boleh membawa Murtad)

            ii.            Kesalahan Kedua Yang Amat Besar : Mengatakan Iman belum ditentukan lagi dan perlu diusahakan. (Ini  boleh membawa Murtad kerana Iman (Takdir Baik) itu sudah ditentukan dan tidak akan berubah lagi.

          iii.            Kesalahan Ketiga yang amat Besar : Kefahaman agama hanya diperoleh dengan banyak buat Korban cara Tabligh sahaja, dan bukan dengan merujuk Kitab-kitab Muktabar. Dengan sebab itulah, ramai di antara mereka boleh menafsirkan Al-Quran sesuka hati. 

2.      Oleh kerana Tuan-tuan pembaca sudah sedia maklum tentang Kesalahan yang Ke-2 dan Ke-3, seperti apa yang telah kami sampaikan pada Risalah Ke-3. Maka, kami akan memberikan tumpuan kepada Kesalahan Yang Pertama di atas.

3.      Wahai para pembaca yang cinta kepada Allah! Ulamak dan fuqaha’ telah melarang kita untuk mengambil ayat-ayat Al-Quran melalui Kitab-kitab Terjemahan Al-Quran tanpa digandingkan dengan Tafsirnya.

4.      Di sini, kami membawa semula dengan apa yang selalu dikhabarkan oleh guru kami, iaitu Haram menterjemah Al-Quran semata-mata tanpa disertai dengan terjemahan TAFSIRNYA.

5.      Perkara ini telah dinaqalkan oleh Asy-Syaikh Nawawi Umar Al-Banteni dalam Kitabnya Nihayatuz Zain Fi Irsyadil Mubtadi’in Bi Syarhi Matni Qurratil ‘Ain, m/s 33, baris 13 dari atas. Marilah kita sama-sama membuka rencana Kitab tersebut :


Ertinya,

- ...Adapun terjemahan Al-Quran yang ditulis di bawah garisan Al-Quran. Maka, perkara ini tidak dapat diberikan hukuman sebagai Kitab Tafsir, bahkan masih kekal Kitab terjemahan Al-Quran itu sebagai Al-Quran sahaja dari segi Haram di sentuh dan Haram menanggung (memegang) akan ia. Sebagaimana telah di fatwakan perkara ini oleh Asy-Syaikh As-Sayyid Ahmad Dahlan (Mufti As-Syafieyyah di Makkatul Mukarramah pada Zaman Daulah Uthmaniyyah Turkiyy). Hingga berkata sebahagian Ulama’,

“Sesungguhnya, menulis terjemahan Al-Quran adalah Haram secara Mutlaq (Haram semata-mata) sama ada terjemahan itu di tulis di bawah garisan ayat Al-Quran atau tidak (hanya ditepi Al-Quran sahaja).

Maka, jika hendak menulis terjemahan Al-Quran, hendaklah ditulis ayat Al-Quran bersama-sama dengan tafsir Bahasa Arabnya dahulu, kemudian baharulah ditulis terjemahan Al-Quran bersama-sama terjemahan tafsiran Al-Qurannya sekali.”
.....................................

6.      Baiklah, sekarang ini tuan-tuan pembaca telah sedia maklum akan larangan dan pengharaman pengambilan, pembacaan, pengulasan ayat-ayat Al-Quran bersama Terjemahannya sahaja tanpa disertakan bersama-sama Kitab Tafsir.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

7.      Kini, kami bawakan lagi kepada para pembaca sekalian tentang apa yang selalu diperingatkan oleh guru kami tentang Pengharaman Yang Ke-2,iaitu ke atas mereka yang senantiasa mengambil ayat-ayat Al-Quran secara ZAHIR dan tidak mengikut Kaedah Menafsirkan Al-Quran yang telah ditetapkan oleh Ulama’ dan Fuqaha’ sejak zaman berzaman lagi.  

8.      Tersebut di dalam Kitab ‘Aqidatun Najin Fi ‘Ilmi Usuliddin, bagi Al-’Alim Al-’Allamah Asy-Syaikh Zainul ‘Abidin bin Muhammad Al-Fathani, pada m/s 49, baris yang ke-8 dari atas.


-...(Dan) Telah lalu disebut, orang yang berpegang dengan ZAHIR segala ayat Mutasyabihat atau segala Hadis Mutasyabihat itu, jadi KUFUR (Kafir).
................................

9.      Dengan apa yang tertulis di atas, dapatlah diketahui bahawa bukan mudah untuk seseorang itu mengambil ayat-ayat Al-Quran, apatah lagi untuk mengulas mana-mana ayat Al-Quran yang Mulia ini tanpa menggunakan Kitab-kitab Tafsir yang Muktabar.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

10.  Ketahuilah para pembaca yang budiman! Ilmu Tauhid adalah Ilmu yang sangat  Penting dan merupakan alat bagi seorang Mufassirin untuk mengkelasifikasikan Ayat-ayat Al-Quran, iaitu yang mana satu ayat Al-Quran yang tergolong di dalam Ayat-ayat MAJAZI atau ZAHIRI, dan yang mana satu ayat Al-Quran yang tergolong di dalam Ayat-ayat HAQIQI atau HAQIQAT.

11.  Adapun kepentingan pengkelasan Ayat-ayat Majazi dan Haqiqi ini ialah;

  1. Supaya kekeliruan kita terhadap ayat-ayat Al-Quran yang seolah-olah bertentangan maknanya di antara satu sama lain dapat terhapus.

  1. Pengkelasan ayat-ayat Al-Quran ini juga sangat penting bagi kita dapat memahami ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan masalah Qada’ dan Qadar.

  1. Pengkelasan ini juga sangat penting agar kita dapat membezakan yang mana satu Ayat Al-Quran dan Al-Hadis yang ZAHIR, dan yang mana satu Ayat Al-Quran dan Al-Hadis yang HAQIQAT.

12.  Bagi mengenali pengkelasan ayat-ayat Al-Quran dari segi Zahir dan Haqiqat berdasarkan Ilmu Tauhid ini, marilah kita sama-sama membuka lembaran Kitab Hasyiah Asy-Syaikh Muhammad Ibni Muhammad Al-Amir ‘Ala Syarhi ‘Abdis Salam Ibni Ibrahim Al-Maliki Li Jauhatit Tauhid Lil Imam Al-Laqqaniyy, m/s 102, baris 15 dari bawah.


- (Kata pengarang Kitab Ithaful Murid, 


“Tidak ada selain Allah, sebagai Khaliq (Menjadikan Makhluk)”)

(Daripada keterangan di atas, dapatlah difahami bahawa Tiada Yang Menjadikan Makhluk melainkan Allah Taala semata-mata. – Pent. @ Penterjemah.)

- Adapun ayat Al-Quran pada surah Al-Maidah yang maksudnya,


“..Dan Bahawa (Engkau hai ‘Isa) menjadikan daripada tanah rupa burung...”, ayat ini menjelaskan perkataan “menjadikan atau Tahluqu”cuma menerangkan ZAHIR usaha sahaja, Bukan HAQIQAT.

(Pada Zahirnya, ayat Al-Quran ini menerangkan bahawa Nabi ‘Isa lah yang menjadikan Burung, tetapi pada Haqiqatnya yang menjadikan Burung itu ialah Allah Taala. – Pent.)

- Dan lagi, seperti Firman Allah yang maksudnya,


“Maka Maha Suci Allah yang mana adalah Allah Taala itu yang terbaik daripada kalangan para pencipta-pencipta (Khaliqin)”. Ayat ini menerangkan secara ZAHIR sahaja, bukan HAQIQAT sebenarnya.

(Pada Zahirnya, ayat Al-Quran ini menerangkan Allah yang terbaik di antara pencipta-pencipta (tuhan-tuhan) yang lain, tetapi pada Haqiqatnya, tidak ada pencipta lain selain Allah Taala – Pent.)

...........................

13.  Daripada keterangan di atas, dapatlah Tuan-puan pembaca mengenali pembahagian ayat-ayat Al-Quran di dalam Al-Quran. Terdapat pengkelasan ayat-ayat Majazi (Zahir) dan Haqiqi (Haqiqat).
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

14.  Daripada segi yang lain, kami bawakan satu lagi contoh yang amat baik. Cuba tuan-puan pembaca bayangkan dihadapan tuan-tuan sebatang pokok dan sebuah bangunan. Siapakah pembuat bangunan dan siapakah pembuat pokok?

15.  Sudah tentu pada pemikiran kita, kita akan menjawab bahawa yang membuat bangunan adalah si pembina (kontraktor), manakala pembuat pokok pula adalah Allah Taala.

16.  Daripada kenyataan ini, telah didapati seolah-olah makhluk boleh menjadikan sesuatu disamping Allah yang menjadikan makhluq. Bolehkah kami bertanya kepada para pembaca, bukankah Allah Taala yang menjadikan sekalian makhluq pada alam ini seperti apa yang tertulis di dalam ayat Al-Quran di atas?

17.  Apa yang sebenarnya kami ingin kaitkan di sini ialah, pada ZAHIRnyakita akan nampak seolah-olah terdapat dua pembuat yang berbeza, bangunan pembina yang buat, manakala pokok pula Allah yang buat. Tetapi, pada HAQIQATnya, yang menjadikan bangunan dan pokok itu tidak lain dan tidak bukan, hanyalah Allah sahaja. Dan, perbuatan si pembina untuk membina bangunan juga pada Haqiqatnya Allah yang gerakkan.

18.  Dalil naqli mengenai ZAHIR dan HAQIQAT juga ada telah diterangkan oleh Allah di dalam Surah Al-Anfal, ayat 17. Ayat ini juga menerangkan ZAHIRnya perbuatan makhluk dan HAQIQATnya perbuatan Allah.

“Bukan kamu hai Sahabat yang membunuh akan orang-orang kafir di medan Badar (Pada Haqiqat). Akan tetapi, Allahlah yang membunuh mereka (Pada Haqiqat). Dan, bukanlah Engkau (Hai Muhammad saw) yang melontar (batu pasir) kepada orang kafir (Pada Haqiqat), tatkala (Pada Zahir) nampak engkaulah (hai Muhammad saw) yang melontar orang kafir itu, akan tetapi Allahlah yang melontar orang kafir itu (Pada Haqiqat).”

19.  Dapat difahami juga berdasarkan ayat ini bahawa segala perbuatan Makhluk itu adalah ZAHIR sahaja. Tetapi HAQIQATnya, segala perbuatan Makhluk itu Allah Taala yang jadikan dan gerakkan, sama ada Rajin, Malas, Cepat, Lambat, Muda, Tua, Pandai, Bodoh, Baik, Jahat dan sebagainya.

20.  Mahukah saya khabarkan kepada Saudara dan Saudari pembaca akan sebabnya peperangan Badar di awal permulaan Islam adalah dinamakanPeperangan Yang Besar? Ini kerana, tatkala selepas memenangi peperangan tersebut, Allah Taala telah membetulkan Tauhid para Sahabat Nabi SAW, bahawa bukanlah mereka yang membunuh kafir Musyirikin Makkah, tetapi Allah lah yang membunuh mereka.

21.  Untuk mempertegaskan dalil kami ini, kami bawakan di sini sebuah Kitab Risalah Tahzir Min Firaqi Ad-Dhalal As-Salas Al-Wahabiyyah Wa Jamaah Hizbul Ikhwan Atba’ Sayyid Qutb Wa Jamaah Hizbut Tahrir Atba’ Taqiyyudin An-Nabhaniyy bagi Majlis Ulama’ Darul Masyari’(Darul Masyari’, Bairut, Lubnan), m/s 18-21. Iaitu menerangkan Pengkelasan dan Perincian ayat-ayat ZAHIR dan HAQIQAT.

 
- ......Dan sebesar-besar daripada kesesatan kumpulan Hizbut Tahririaitu kepercayaan mereka,

“Hamba (Makhluk) melakukan perbuatannya sendiri iaitu perbuatan ikhtiar (sengaja). Adapun perbuatan hamba yang idtirar (tiada sengaja), Allahlah yang jadikan.”

( Iktiqad di atas bersalahan dengan Iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah (Asya’irah dan Maturidiyyah), Iktiqad Asya’irah mengatakan bahawa pada HAQIQATnya, Perbuatan hamba itu sama ada ia sengaja (Ikhtiar) mahupun tidak sengaja (Idtirar), adalah Allah Taala yang menggerakkanNya dan bukan Makhluq yang menggerakkannya. – Pent.).  

Keyakinan mereka menyalahi Firman Allah Taala yang maksudnya,


“....Hanya Allah lah sahaja yang menjadikan segala perkara.” Surah AzZumar, Ayat 62. Perkataan “...segala perkara...” itu merangkumi tubuh badan makhluk dan perbuatan makhluk.

Keyakinan mereka juga menyalahi Firman Allah Taala yang maksudnya, 


“Adakah ada selain Allah itu, yang menjadikan sesuatu?” 
Surah Fatir, ayat 3.

- Dan lagi menyalahi Firman Allah,


“Katakanlah Ya  Muhammad, sesungguhnya perbuatan sembahyangku, dan perbuatan ibadahku, dan kehidupanku itu, dan kematianku, milik (makhluk) bagi Allah, Tuhan (Penjadi) bagi sekalian Makhluk. Tidak ada sekutu bagi Allah (Dalam perkara menjadikan makhluk).” Surah Al-An’am, ayat 162-163.

Allah Taala lah yang menjadikan dan menggerakkan perbuatan sembahyang, dan segala perbuatan ibadah yang lain. Sedangkan, kedua-dua perkara itu adalah pada ZAHIR dan termasuk di perbuatan hamba yang sengaja (ikhtiar). Manakala hidup dan mati, kedua-duanya itu bukan daripada perbuatan hamba yang sengaja.

Akan tetapi, Allah nyatakan semua perkara ini sama ada perbuatan ikhtiar (sengaja) atau idtirar (tidak sengaja), Allah lah yang jadikan, dan tidak ada seorang pun yang bersekutu bersama Allah pada mengadakan perbuatan ikhtiar (sengaja) atau idtirar (tidak sengaja).

Dia sahajalah yang mengadakan segala perkara (termasuk perbuatan ikhtiar (sengaja) dan idtirar (tidak sengaja)), dan daripada tiada (‘Adam) kepada ada (Wujud).

Ayat-ayat di atas tadi menjelaskan bahawa segala perkara yang ada, sama ada tubuh badan makhluk, pergerakan, diam, warna, pemikiran makhluk, perasaan sakit dan lazat, kefahaman makhluk, tua dan lemah, semuanya Allah yang gerakkan dan jadikan. Tidak ada selain dia yang menggerakkan dan menjadikan sesuatu.

Hanya sesungguhnya, makhluk hanya kelihatan pada ZAHIR sahaja menggerakkan sesuatu atau menjadikan sesuatu. Akan tetapi, Allah lah pada HAQIQATnya menggerakkan sesuatu dan menjadikannya.

Perkara ini adalah perkara yang disepakati oleh umat Islam sejak daripada zaman Nabi saw sehingga hari ini, dan dipegang oleh ulama’ yang beraqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah (Asya’irah dan Maturidiyyah).

Adapun ayat-ayat yang menerangkan bahawa, Bukannya Makhluk yang menggerakkan atau menjadikan perbuatannya sendiri, samaada ikhtiar (sengaja) atau idtirar (tidak sengaja), adalah seperti Firman Allah yang bermaksud, 


“Bukan kamu hai sahabat yang membunuh orang-orang kafir (Pada Haqiat), akan tetapi Allah lah yang membunuh mereka (Pada Haqiqat).”

Kita semua tahu tentang sejarah Islam bahawa orang Islamlah yang memerangi orang kafir musyrikin dan membunuh mereka itu dalam peperangan. Akan tetapi, Allah sendiri yang menafikan dari segi HAQIQAT bahawa yang membunuh kaum Musyirikin itu adalah Sahabat ra. Cuma, pada ZAHIR sahaja kelihatan Sahabat RA membunuh, akan tetapi pada HAQIQATnya bukan Sahabat RA yang membunuh.

Kemudian Allah menjelaskan lagi tentang perkara ZAHIR dan HAQIQAT dengan Firman-Nya yang bermaksud,


“Dan, bukanlah Engkau (Ya Muhammad) yang melontar orang-orang Kafir (pada HAQIQAT), tatkala (pada ZAHIR) kelihatan Engkaulah (Ya Muhammad) yang melontar orang-orang Kafir, akan tetapi (HAQIQAT)sebenarnya Allah lah yang melontar orang-orang Kafir itu.”

Dalam ayat ini Allah menafikan adanya perbuatan lontar daripada Nabi SAW iaitu penafian dari segi HAQIQAT, cuma pada ZAHIR sahaja kelihatan seolah-olah ada perbuatan melontar daripada Nabi SAW (Yang digelar Ikhtiar atau Usaha pada ZAHIR.) sedangkan HAQIQAT sebenarnya Allah lah yang lontar, bukan Nabi SAW yang lontar.

(Ini kerana pergerakan lontar dari Nabi SAW itu Allah yang gerakkan, dan bukan pergerakan lontar itu Nabi SAW gerakkan dengan IZIN ALLAH, atau dengan KEHENDAK ALLAH, atau dengan KUASA YANG DIBERIKAN oleh Allah. – Pent.)  

Maka bercanggah keyakinan Hizbut Tahrir dengan Ayat Al-Quran yang dinyatakan di atas, dan ayat yang lain-lain tersangatlah terang percanggahannya. Lihatlah perkataan Al-Imam Abu Hanifah,

”Segala perbuatan serta amalan yang terbit daripada hamba (makhluk) cuma pada ZAHIR sahaja, HAQIQATNYA Allah yang menggerakkan dan mengadakan segala perbuatan tersebut.”

 Di atas kenyataan inilah para SALAF dan KHALAF beriktiqad, adapun yang lain dari keyakinan ini semuanya menyalahi KITABULLAH dan HADIS RASULULLAH SAW.

Imam Bukhari dan lain-lain perawi hadis ada meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW apabila pulang secara berombongan dari Haji atau ‘Umrah atau peperangan, ia membaca zikir yang bermaksud,


“Tidak ada tuhan melainkan Allah, Tunggal ia, Tiada Sekutu BagiNya, Ia membantu HambaNya, Ia Memuliakan TenteraNya, Dia lah yang menghancurkan Segala Tentera Musuh Sendirian Sahaja.”

Dalam Zikir ini, Nabi SAW menyatakan kehancuran tentera musuh itu Allah lah yang menghancurkannya Bersendirian sahaja, tanpa disekutui oleh sesiapa pun dalam perkara menghancurkan musuh. Sedangkan kita tahu, pada ZAHIRnya, musuh Islam itu hancur kerana dihancurkan oleh tentera Islam.

( Maka, Zikir ini di baca demi untuk membetulkan Aqidah para Sahabat RA, supaya mana tidak ROSAK Aqidahnya dengan meyakini bahawa merekalah yang menghancurkan musuh dengan IZIN ALLAH, atau dengan KUASA ALLAH YANG DIBERI PINJAM KEPADA MAKHLUK.- Pent.)  
.........................................

22.  Untuk lebih memperjelaskan lagi tentang perkara ini, dapatlah diberi kesimpulan bahawa Makhluk itu tidak ada perbuatan sengaja (ikhtiar) dan usaha pada Haqiqat, malah perbuatan Makhluq itu Allah lah yang gerakkan pada Haqiqat.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

23.  Termasuk perkara yang Allah jadikan dan gerakkan ialah KEMAHUAN makhluk, KEMAHUAN makhluk juga Allah lah yang kehendaki dan atur arahkan, sama ada kemahuan BAIK atau pun kemahuan BURUK.

24.  Jika di tanya orang kepada saudara dan saudari pembaca sekalian,

“Adakah Kemahuan atau Kehendak Hati kita ini, Allah yang jadikan juga? Sila berikan Nas dan dalilnya?

25.  Ya, sememangnya Kemahuan dan Kehendak Hati kita ini Allah yang gerakkan pada HAQIQATnya. Sama ada ia merupakan Kemahuan Hati yang Baik dan juga Kemahuan Hati yang Buruk.

26.  Untuk lebih menyempurnakan jawapan kami ini, baiklah kami bawakan di sini penerangan Kitab Mursyidul Ha’ir Fi Halli Alfaazi Risalah Ibni ‘Asaakir, terbitan Qismul Abhas Waddirasatil Islamiyyah Fi Jam’iyyah Al-Masyari’ Al-Khairiyyah Al-Islamiyyah, Bairut, Lubnan, mengenai Kemahuan dan Kehendak Hati yang Allah jadikan, m/s 12.


- Dialah Allah yang membolak-balikkan segala sesuatu. Dia lah yang membolak-balikkan hati-hati makhluk sebagaimana yang Ia mahu. Jika Ia mahu, Dia sesatkan hati seseorang Hamba, dan jika Ia mahu, Ia boleh tetapkan pendirian seseorang Hamba, sebagaimana Firman Allah Taala, Surah Al-An’am, ayat 110.

Iaitu Tafsirnya di dalam Kitab Tafsir Marah Labid Li Kasfi Ma’na Quran Majid, bagi Ay-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar Al-Banteni At-Tanari, Juzu’ 1, m/s 257;


“Dan kami bolak-balikkan hati mereka dan pemikiran (pandangan) mereka.“

Tafsir – Dan, Tiadalah Kami menjadikan mereka itu merasakan, bahawa Kami lah yang memesongkan hati-hati mereka daripada mengenal kebenaran. Akibatnya, tiadalah mereka dapat mengenal kebenaran. Maka, tiadalah dapat mereka memahami kebenaran.

Dan, begitu juga kami kaburkan penglihatan mereka daripada melihat jelas akan kebenaran. Maka, sehingga mana, tiadalah dapat mereka melihat akan perkara yang benar.
..................................

27.  Dan tersebut lagi dalam Kitab Syarah Risalah Ibnu ‘Asakir, m/s 13.


Dan, bermula hamba itu ditaufiqkan (dijadikan dan digerakkan beramal dengan amalan yang baik) dia dengan Rahmat Allah dan Kurniaan Allah (memang Allah Suka dan Mahu). Iaitu, dipandang kepada makna yangHaqiqat terhadap seluruh pergerakan dan diamnya diri makhluk.
                       
Maka saya! Jika saya gerakkan tangan saya, sudah tentu saya rasa dengan pergerakan ini bahawa saya gerakkan berdasarkan kemahuan saya. Akan tetapi, Aqal dan Syarak menghukum bukan saya yang menjadikan atau menggerakkan pergerakan itu. Akan tetapi, Allah lah yang menjadikan dan menggerakkanNya.
.................................

28.  Kesimpulannya, dapatlah di fahami bahawa ;

i          Jangan mengambil ayat Al-Quran dan terjemahan semata-mata dari Kitab Al-Quran Terjemahan, dan juga jangan mengambil ayat Al-Quran secara Zahir kerana Ia boleh membawa Murtad. Terdapat pengkelasan Ayat ZAHIR dan HAQIQAT di dalam Al-Quran berdasarkan Ilmu Tauhid.

ii        Manusia itu memilih Baik dan Buruk pada ZAHIR sahaja. Tetapi pada HAQIQATnya, pilihan atau usaha atau ikhtiar itu Allah yang GERAKKAN dan JADIKAN.

iii      Makhluk tidak ada suatu perbuatan (usaha) pun sama ada sengaja (ikhtiar) atau tidak sengaja (Idtirar) pada HAQIQAT. Pergerakan tangan makhluk contohnya, itu pun Allah yang gerakkan, bukan Makhluk gerakkan dengan IZIN ALLAH.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

29.  Ulama’ dan Fuqaha’ juga melarang berkata;

Perbuatan makhluk itu, tidak sama dengan perbuatan Allah Taala.”,
 
30.  Ingatlah para pembaca yang budiman! Kita tidak boleh mengatakan bahawa Perbuatan Makhluq itu tidak sama atau berlainan dengan Perbuatan Allah, kerana Makhluk itu sememangnya tiada perbuatan pun pada Haqiqatnya.

31.  Untuk tafsilan atau perincian penghujjahan kami ini, baiklah, secara“Tabarrukan Wa Tawasullan”, kami bawakan apa yang dinyatakan di dalam Kitab Hasyiah Tahqiqul Maqam A’la Kifayatil Awam Fi Ilmil Kalam, bagi Asy-Syaikh Muhammad Al-Fudali, pada halaman 41. Beginilah ‘Ibarat Nasnya ;

- Dan bermula, makna Tunggalnya Allah pada Perbuatan, iaitu tidak ada langsung Perbuatan bagi seorang pun daripada segala makhluk, kerana Allah Taala lah yang menjadikan atau menggerakkan segala Perbuatan makhluk. Sama ada daripada para Nabi, dan malaikat, dan lain dari keduanya.

Dan adapun, barang yang berlaku daripada matinya satu orang, atau sakitnya seseorang ketika melawan (contohnya) kepada seorang Wali daripada Wali-wali Allah, maka kesakitan itu Allah Taala yang sakitkan ketika ia melawan Wali itu.

Dan, janganlah engkau tafsirkan (fahamkan) tentang Tunggalnya Allah pada perbuatan dengan percakapan engkau,                       
“Tidak ada selain Allah yang memiliki suatu perbuatan pun, seperti perbuatan Allah.”

Kerana, sesungguhnya percakapan ini membawa makna, “Sesungguhnya selain Allah itu ada Perbuatan, tetapi cuma tidak sama sahaja dengan Perbuatan Allah.” Kenyataan ini adalah salah dan Batil.

Bahkan, Dialah Allah yang menjadikan dan menggerakkan Perbuatan Makhluk semuanya. Maka, apa yang berlaku daripada diri engkau umpamanya, pergerakan tangan engkau ketika memukul Zaid, iaitu dengan dijadikan Allah dan digerakkan Allah.

Sebagaimana Firman Allah, ertinya


“Allah yang jadikan badan kamu dan perbuatan Kamu.” (Allah yang gerakkan perbuatan Kamu.)


32.  Baiklah, kami bawakan pula dengan apa yang tertulis di dalam Kitab-kitab Muktabar mengenai ;

a.       Makhluq itu ada perbuatan (sama ada sengaja (ikhtiar) atau pun tidak sengaja (idtirar)) pada ZAHIR.

b.      Makhluq itu tiada perbuatan (sama ada sengaja (ikhtiar) atau pun tidak sengaja (idtirar)) pada HAQIQAT.

33.  Telah lagi disebut di dalam Kitab ‘Aqidatun Najin Fi ‘Ilmi Usuliddin,bagi Al-’Alim Al-’Allamah Asy-Syaikh Zainul ‘Abidin bin Muhammad Al-Fathani, pada m/s 22.


- (Maka wajib) kita iktikadkan, segala perbuatan itu Allah Taala yang jua yang mengeluarkan (mengadakan), daripada ’Adam (tidak ada) kepadaWujud (ada), pada hal tunggal Ia (Allah sahaja yang mengadakan dan mentiadakan, tidak ada yang lainnya.- Pent.), sama ada ia (perbuatan) baik atau jahat.

Dan, makna baik itu, iman dan taat (Iman dan Taat itu Allah yang jadikan – Pent.). Dan, murad (maksud) daripada jahat itu, kufur dan maksiat (Kufur dan Maksiat itu Allah juga yang jadikan - Pent.), Sama ada perbuatan itu ZAHIR daripada manusia atau lainnya. Dan, sama ada perbuatan itu Ikhtiar (Sengaja) atau Idthirari (Tidak Sengaja).

Bersalahan kata Muktazilah, bahawa Hamba itu yang menjadikan perbuatan dirinya yang Ikhtiari (Sengaja) dengan Qudrah (Kuasa) yang dijadikan dia, oleh Allah Taala pada dirinya. Maka, sebab membawa mereka itu akan katanya yang demikian itu, supaya jangan dinisbahkan kejahatan itu kepada Allah.
...................................

34.  Dan, tersebut lagi di dalam Kitab Furu’ul Masail Wa Usulul Wasail, bagiAsy-Syaikh Daud bin Abdullah bin Idris Al-Fathani, Juzu’ 1, m/s 3, baris 6 dari bawah.

(Demikian lagi) Af’al yang keluar dari perbuatan Hamba, seperti bergerak cincin mengikut ia gerak jari itu makhluq, dengan dijadikan dia Allah Taala. Tiada dengan perbuatan Hamba, dan tiada dengan usahanya. Khilaf bagi jumhur Muktazilah.
.................................

35.  Dan, tersebut lagi di dalam Kitab Sarikhul Bayan Fi Raddi ‘Ala Man Khalafal Quran bagi Khadim Ilmil Hadis As-Syarif Asy-Syaikh Abdullah Al-Harari Al-Ma’ruf Bil Habasiyy, Darul Masyari’, Bairut, Lubnan, m/s 26, cetakan pertama 1425 H / 2004 M.


Penerangan Tentang Salahnya Perkataan Muktazilah bahawa Makhluq menjadikan Perbuatannya sendiri, dan penerangan tentang bahawasanya Muktazilah itu Kafir.

Wajib mengkafirkan Muktazilah yang berkata, bahawa Hamba menjadikan perbuatan-perbuatannya yang sengaja (ikhtiar), iaitu mengadakan perbuatan itu daripada tiada kepada ada, kerana sesungguhnya mereka itu mendustakan Firman Allah Taala,

Dan, ada lagi ayat-ayat lain yang banyak dan begitu juga dengan Hadis-hadis. Bermula mereka iaitu orang-orang Muktazilah, merekalah orang Qadariyyah yang mana telah menamakan akan mereka oleh Rasulullah saw sebagai MAJUSI umat ini. Merekalah orang-orang yang sangat diengkarkan oleh Abdullah bin Umar Ra, dan lain-lainnya daripada kalangan pembesar Sahabat ra dan orang yang datang selepas mereka itu.

Berkata Ibnu ‘Abbas ra,


.............................

36.  Kesimpulan dari Kitab Sarikhul Bayan di atas, dapatlah difahami bahawa sesiapa yang Beriktiqad bahawa Makhluq yang menjadikan perbuatannya sendiri pada Haqiqat adalah Kafir, kerana bertentangan dengan apa yang disampaikan oleh Al-Quran.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

37.  Cukup di sinilah sahaja, pembelajaran untuk hari ini bagi mereka yang tidak biasa. InsyaAllah, kita sambung esok hari. Ini sangat penting kepada para pembaca kerana rehat yang cukup akan dapat memudahkan para pembaca bersedia menerima keterangan yang lebih dalam mengenai Taqdir Allah pada penerangan kami yang akan datang.