MENGAPA AKU MENINGGALKAN JEMAAH TABLIGH???
Aku berkelahiran dari negeri che Siti Wan Kembang. Walaupun begitu, aku dibesarkan di negeri Selangor Darul UMNO.
Kehidupanku semasa kecil banyak dihabiskan masanya di Selangor berbanding Kelantan. Ini disebabkan ibu bapaku merupakan orang yang telah lama menetap di Selangor.
Kehidupan di Negeri Kelantan bermula setelah aku berumur 13 tahun, dimana ketika itu aku menuntut ilmu agama di salah sebuah pusat pengajian Islam di sana.
Aku mengenali Jemaah Tabligh dari seorang kawan yang sama-sama belajar denganku. Dia telah mengajakku untuk keluar selama 3 hari di sebuah masjid di daerah Pasir Mas. Aku mula mempelajari kehidupan sebagai seorang pendakwah bercarakan Jemaah Tabligh.
Aku tidak mengerti, mengapa aku bersama-sama dengan jemaah tersebut. Aku memandangnya sebagai satu jemaah yang baik, kerana pada pandanganku ketika itu, Jemaah Tabligh merupakan satu-satunya jemaah yang betul-betul mengamalkan sunnah, disamping di “sumbat” di pemikiranku bahawa keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan ke masjid-masjid merupakan amalan Nabi SAW dan para sahabat.
Aku aktif dengan gerakan Jemaah tabligh ini, sehinggakan aku belajar di Pondok Lubuh Tapah Pasir Mas. Aku masih ingat, seorang “karkon besar” dari Dusun Raja, iaitu markaz besar tabligh di kelantan telah datang berjumpa dengan Tuan Guruku, iaitu Tuan Guru Haji Abdullah bin Abdur Rahman, atau dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah Lubuh Tapah, untuk keluar selama 3 hari bagi berusaha kearah kesempurnaan Iman.
Amat mengejutkanku, respon dari Tuan Guru terhadap ajakkan itu amat buruk sehinggakan tuan guru telah mengambil sikap menghentam “karkon” tersebut.
Pada mulanya, aku agak tidak boleh menerima cara pendekatan tuan guruku itu, tetapi selepas dari itu, aku menerima alasan yang dikemukakan oleh Tuan Guru dengan hujjah firman Allah;
وأنذر عشيرتك الأقربين
Maksudnya;
“Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat”
(Surah As-Syuara’ : 214)
Mendengar hujjah dari tuan Guru, aku beranggapan itu adalah pandangan tuan Guru yang patut di hormati.
MARHALAH BAKISTANIYYAH
Aku tetap belajar di Pondok Lubuk Tapah, di situ aku mula mengenali PAS lebih dalam, ini kerana, Tuan Guru Haji Abdullah merupakan salah seorang bahan rujukan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang dihormati, yang selalu datang ke Pondok menziarahi tuan Guru dan berbincang tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan pemerintahan negeri berlandaskan Agama.
Tuan Guru Haji Abdullah merupakan seorang Tuan Guru yang tidak lokek untuk menceritakan pengalamannya kepada anak-anak muridnya sehinggakan kami dapat belajar dari pengalaman beliau untuk menjadi bekal kami di kala pulang menyampaikan dakwah kepada masyarakat akan datang.
Antara pengalamannya yang diceritakan kepada kami adalah berkenaan persahabatan beliau dengan tuan Guru Nik Abdul Aziz yang merupakan menteri Besar Kelantan.
Aku mula berminat dengan Karisma kepimpinan tuan Guru Nik Abdul Aziz, yang didapati merupakan seorang Tuan Guru yang mendapat pendidikan Agamanya dari Negara India, Pakistan dan Mesir.
Disebabkan aku merupakan seorang “karkon”, aku mempunyai kawan-kawan rapat yang belajar di Pakistan. Daripada situ, aku mula bertanya kepada mereka tentang pengajian disana.
Sehinggakan aku berjumpa dengan seorang kawan yang memperkenalkanku dengan seorang pelajar yang masih belajar di Pakistan.
Aku pun menanam azam yang tinggi untuk belajar di sana dan akhirnya aku berjaya ke Pakistan dan menyambung pengajianku di Pakistan.
Aku bernasib baik, kerana aku ke Pakistan melalui persatuan Pelajar Islam di sana yang kepimpinannya terdiri dari orang yang berfikrah PAS, bukan ABIM, bukan Salafi dan bukan UMNO (laktanullah Alaih).
Kefahamanku tentang perjuangan Islam berwadahkan PAS semakin menjadi sebati didalam memahami perjuangan Islam ini, khususnya di Malaysia.
Walaupun begitu, aku tetap seorang karkon, yang masih beristiqamah dengan konsep dakwah Tablighiyyah ini. Aku sentiasa mengunjungi sebuah Universiti di Karachi yang bernama Jamiah Binuri Town yang disitu merupakan sebuah Universiti Islam yang kebanyakan pelajar Malaysia bermazhab tabligh ini belajar di situ.
Aku dijumpai seorang kawan dari Jemaah Tabligh, yang merupakan kawan lamaku semenjak di Malaysia lagi. Dia telah mengajakku meninggalkan perjuangan Islam berkonsepkan kepartian, ini kerana, kedatangan kita ke Pakistan, bukanlah untuk berpolitik, tetapi untuk belajar.
Aku menerima pandangan itu sebagai pandangan semata-mata, tetapi aku tetap tidak “beriman” dengan pandangan itu, kerana, walaupun masih belajar, tetapi memahami dakwah kepartian merupakan sesuatu kepentingan didalam gerakan Islam. Walaupun tabligh sudah lama bergiat menyampaikan Islam, tetapi tabligh belum mampu melaksanakan undang-undang Islam didalam system pemerintahan, ini menyalahi PAS, kerana, kejayaannya terbukti dengan memperkenalkan rang undang-undang Hudud kepada masyarakat, tutup kedai arak, judi dan sebagainya.
AKU MULA MEMBENCI TABLIGH
Didalam jangka lebih kurang 3 bulan selepas itu, aku telah menziarahi Jamiah Binuri Town buat kali keduanya. Kali ini, baru tembelang Jemaah Tabligh Malaysia di Pakistan terbongkar, ini kerana, aku dapati, boleh dikatakan 90 peratus dari mereka merupakan ahli Kelab UMNO Pakistan.
Kebencian makin memuncak, apabila didapati, kawan yang mendakwa kedatangan kita ke Pakistan bukan untuk berpolitik, tetapi untuk belajar, merupakan seorang ketua Kelab UMNO Pakistan.
Aku mula membenci Tabligh disebabkan dengan cirri-ciri kemunafikan dan kesyaitanan yang ada pada pejuang-pejuang Tabligh itu.
Kebencian itu menyebabkan aku mufaraqah dari jemaah tersebut dan aku sudah menjadi seorang yang “jamaat tabligh ko, bohot nafrat hota hai”, atau “orang yang sangat membenci jemaah tabligh”.
Di Pakistan, orang mula mengenaliku sebagai pengkritik keras kepada jemaah tabligh. Aku tidak kesah semua penganalan itu, yang penting, padaku jemaah tabligh ada sebuah jemaah yang sesat.
Dikala aku dikenali sebagai pengkritik jemaah tabligh yang kuat, Tok Guruku, iaitu Mufti As-Syaikh Salimullah Khan, iaitu ketua wefaq deobandi Pakistan didalam siri kuliahnya mengajar Bukhari, yang ketika itu aku sedang berada didalam kelas pengajian tersebut, telah menyatakan bahawa Jemaah tabligh adalah jemaah yang sesat, menyebabkan kritikanku kepada Jemaah tabligh itu semakin kuat.
Alasan yang diberikan oleh Syaikh adalah kerana, beliau pernah mendengar dari ucapan Bhai Wahab, iaitu ketua Tabligh sedunia pernah mengatakan bahawa Islam bangkit dengan tidak menggunakan Jihad.
Yang dikala itu, beliau sedang mengulas berkenaan hadis didalam bukhari yang membincangkan tentang Jihad fi sabilillah.
AKU BERDEBAT DENGAN TABLIGH MELAYU YANG BERKAHWIN DENGAN ANAK ORANG TABLIGH DARI AFGANISTAN
Setelah aku selesai menghabiskan pengajian tafsirku di “Bumi Debu” itu, aku pulang dengan membawa segulung sanad pengajian tafsir dari Guru tafsirku, iaitu Syaikh Zarwali Khan, hingga kepada Rasulullah SAW.
Aku berbangga, kerana pengajian tafsirku, bukanlah pengajian dari pembacaan dari kitab-kitab semata-mata, tetapi mempunyai hubungan kuat melalui sanad-sanad yang bersambung kepada Rasulullah SAW.
Semasa aku berada di Malaysia, aku mula dikenali sebagai pendakwah Bebas, sehinggakan aku mengajar disalah sebuah surau di kawasan lembah Klang, yang dikala itu, aku telah mengkritik amalan-amalan Jemaah tabligh.
Kritikan itu didengari oleh seorang karkon yang mendakwa bahawa kekuatan karkonya sehinggakan dia berkahwin dengan seorang perempuan berbangsa Afghanistan yang ayahnya merupakan “bara karkon tha” (seorang karkon besar).
Dia mempersoalkan hujah-hujahku sehingga berlaku perdebatan kecil diantaraku dan dia.
Kami berdebat tentang dakwaan sunnah atas amalan keluar fi sabilillah selama 3 hari, 40 hari dan 4 bulan itu.
Aku menyatakan, bahawa semua amalan itu bukan sunnah, bahkan ianya dibawah ketagori Ijtihad.
Sesuatu amalan ijtihad tidak boleh dikatakan sunnah, ini kerana, Rasulullah SAW bersabda;
من كذب علي متعمد فليتبوأ مقعده من النار
Maksudnya;
“Barangsiapa melakukan penipuan atasku dengan sengaja, maka dia telah menempah tempat didalam neraka[1]”
No comments:
Post a Comment