Saturday, 29 November 2014

KOMEN ULAMA TERDAHULU MENGENAI KITAB IHYAULUMUDIN

KHUSUS UNTUK PARA PENYEBAR KITAB IHYA ULUMUDIN

Imam adz-Dzahabi menyatakan bahawa al-Ghazali berkata:وَذَهَبت الصُّوْفِيَّةُ إِلَى العُلُوْمِ الإِلهَامِيَة دُوْنَالتَّعليمِيَة، فَيجلس فَارغَ القَلْب، مجموعَ الهَمِّ يَقُوْلُ:اللهُ اللهُ اللهُ عَلَى الدَّوَام، فَلْيُفَرِّغ قَلْبَهُ، وَلاَ يَشتغِلْ بِتِلاَوَة وَلاَ كتب حَدِيْث. قَالَ: فَإِذَا بلغَ هَذَا الحدّ، الْتزمالخلوَةَ فِي بَيْت مُظْلِمٍ وَتَدَثَّرَ كسَائِهِ، فَحِيْنَئِذٍ يَسْمَعُ نِدَاءَ الحَقّ :{يَا أَيُّهَا المُدَّثِّرُ}وَ {يَا أَيُّهَا المُزَّمِّلُ }. قُلْتُ:سَيِّدُ الخلقِ إِنَّمَا سَمِعَ {يَا أَيُّهَا المُدَّثِّرُ} مِنْ جِبْرِيْل عَنِ اللهِ، وَهَذَا الأَحْمَقُ لَمْ يَسْمَعْ نِدَاء الحَقِّ أَبَداً، بَلْ سَمِعَ شيطَاناً، أَوْ سَمِعَ شَيْئاً لاَ حقيقَةً مِنْ طَيش دِمَاغِه، وَالتَّوفِيقُ فِي الاعتصَام بِالسُّنَّةِ وَالإِجْمَاع“Para sufi berpegang pada ilmu ilhami (ilham/firasat), bukan ilmu ta’limi (yang dipelajari). Beliau duduk dengan mengosongkanhati dan penuh harapan dengan berkata, “Allah, Allah, Allah,” dengan terus-menerus. Beliau mengosongkan hatinya, tidak disibukkan denganmembaca dan menulis hadis.” Beliau juga berkata, “Sekiranya beliau telah mencapai batasan ini, beliau sentiasa menyepi di dalam rumah gelap dan berselimut dengan pakaiannya. Pada ketika itu beliau mendengar panggilan al-Haq (seruan kebenaran), “Wahai orang yang berselimut (al-Muddatstsir),” dan “Wahai orang yang berselimut (al-Muzammil).”.”Aku katakan (adz-Dzahabi memberi komentar tentang perkataan al-Ghazali tersebut), “Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mendengar “Ya Ayyuhal Muddatstsir” daripada Jibril iaitu Jibril yang diutuskan oleh Allah (dengan membawa Kalamullah). Orang bodoh ini sekali-kali tidak akan mendengar panggilan al-Haq selamanya, tetapi apa yang dia dengar adalah daripada syaitan atau mendengar sesuatu yang tiada asal-usulnya, iaitu khyalannya semata-mata. Pertolongan hanya dapat diperolehi daripada as-Sunnah dan ijma’ (kesepakatan salaf).” (Siyar A’lam an-Nubala’, 19/333-334)

No comments:

Post a Comment