Kedudukan taraf "Manzil" Maulana Muhammad Zakaria Khandalawi
Terdapat hadis-hadis yang menceritakan tentang sesuatu fadhilat atau kelebihan surah dan ayat-ayat tertentu dalam al-Quran seperti:
1. Kelebihan Surah Al-Fatihah:
Hadis Ubai bin Ka’ab riwayat Ibn Hibban 772, Al-Hakim 1/558, Ibn Khuzaimah 500 dan Tirmizi 2875.
Tirmizi mengatakan ianya Hasan Sahih dan juga dinilai Sahih dalam Al-Targhib wa al-Tarhib no.2150.
2. Keseluruhan surah Al-Baqarah dan Ali ‘Imran:
Hadis Abu Hurairah r.a riwayat Imam Muslim 804.
3. Ayat 255 surah al-Baqarah (ayat al-Kursi):
Hadis Ubai bin Ka’ab riwayat Muslim 810, Abu Daud 1460 dan Ahmad 5/142.
4. Penutup Surah Al-Baqarah (ayat 285 dan 286):
Hadis Ibnu Abbas riwayat Muslim 806, An-Nasaie 2/138 dan Al-Hakim 1/558.
5.10 ayat terakhir surah Ali-‘Imran (190-200):
Hadis ‘Aisyah r.ha riwayat Ibnu Hibban dalam Sahihnya 619.
6. Surah Al-Ikhlas:
Hadis Muaz bin Jabal r.a riwayat Imam Ahmad 3/437 dan dinilai Sahih oleh Albani dalam Sahih al-Jami’ As-Saghir no.6472. Hadis Abu Hurairah r.a riwayat Imam Bukhari 5013, Imam Muslim 812 dan Tirmizi 2900.
7. Surah Al-Falaq dan An-Nas:
Hadis ‘Uqbah r.a riwayat Muslim 813, Tirmizi 2902, An-Nasaie 2/158 dan Abu Daud 1462. Hadis Jabir r.a riwayat Ibnu Hibban dalam Sahihnya 793 dan Al-Hakim 2/540. Disahkan serta dipersetujui oleh Az-Zahabi.
Adapun mengenai ayat-ayat lain dalam surah-surah tertentu seperti:
Surah Al-A'raaf ayat 54-56; Surah Al-Isra Ayat 110-111, Surah Al-Mu'minun ayat 115-118; Surah As-Shaffat ayat 1-11; Surah Ar-Rahman ayat 33-40; Surah Al-Hasyr ayat 21-24; Surah Al-Jin ayat 1-4 ,
tidaklah ditemui hadis atau dalil yang menyebut akan kelebihan dan fadhilatnya dalam perkara-perkara tertentu apatah lagi jika dikatakan ianya sebagai ayat penyembuh.
Walau bagaimanapun secara umumnya keseluruhan Al-Quran itu sebenarnya adalah penyembuh sebagaimana firman Allah:
"Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian."
[QS al-Isra': 82]
Maka, secara kesimpulannya, adalah lebih baik sekiranya kita mengamalkan dengan membaca dan menghayati keseluruhan isi kandung Al-Quran itu.
No comments:
Post a Comment