Tuesday, 14 April 2015

Taqiah sufi,syiah&tarekat

Pendapat Ulama Syiah tentang Taqiyah.

Setelah memerhatikan pendapat ulama ASWJ tentang dibolehkan Taqiyah, sekarang mari kita dengarkan pula, apa pandangan sebenar ulama Syiah tentang perkara ini, dan jangan dengar dari pihak syaitan sahaja. Mereka itu ialah musuh yang nyata, mahukan keretakan ummah Muhammad dan suka melihat permusuhan antara saudara.

al-Shaykh Muhammad Ridha al-Mudhaffar, di dalam bukunya “Aqaid al Imamiyah” menyebutkan:

Al Taqiyah perlu mengikuti syarat-syarat khusus dan hanya boleh digunakan dalam keadaan wujudnya unsur-unsur bahaya. Syarat-syarat ini, yang banyak dibincangkan di dalam buku-buku fiqah juga turut dinyatakan keadaan bahaya yang bagaimana yang membenarkan penggunaannya. Bukanlah wajib mandatori untuk mengamalkan taqiyah pada setiap masa, malah, bertentangan dengan pandangan umum, dibolehkan atau kadang-kadang PERLU untuk meninggalkannya.  Contohnya, dalam keadaan apabila kita menyatakan kebenaran akan lebih baik untuk perjuangan agama dan memberikan faedah yang lebih “direct” kepada Islam. Dalam keadaan ini, adalah lebih baik sekiranya kita mengorbankan nyawa dan harta kita. Sedikit tambahan, Taqiyah diharamkan jika keadaan kita bertaqiyah akan menyebabkan kematian orang yang tidak bersalah atau akan menyebabkan tersebarnya kejahatan atau akan menyebabkan kesan negatif terhadap agama Islam.

Apapun, Taqiyah, seperti yang dipegang oleh Syiah, tidak menjadikan mereka sebagai satu kumpulan rahsia yang hanya mahu merosakkan dan memusnahkan, seperti yang didakwa oleh musuh syiah(contohnya tenterdajjal.blogspot.com), mereka melemparkan tuduhan memahami atau cuba untuk memahami pandangan kami dalam hal ini.

Ia juga tidak menjadikan Syiah melarang ilmu-ilmu dalam mazhabnya dibuka kepada mereka yang berada dalam mazhab yang sama. Bagaimana mungkin ini benar sedangkan buku-buku Syiah tersebar luas memaparkan pandangan dan ajaran mazhab kami dalam bidang Fiqh, Kalam dan Aqidah dengan jumlah cetakannya lebih dari mencukupi bagi mana-mana kumpulan yang ingin menyebarkan ajarannya.


Imam Khomeini dalam bukunya Kerajaan Islam turut  menyebutkan perkara yang serupa iaitu Taqiyah ialah satu medium yang mana digunakan oleh pengikut agama Islam untuk menyelamatkan nyawanya dengan mengatakan atau berbuat sesuatu berlainan dengan kepercayaan hatinya dengan syarat wujudnya bahaya kepada nyawa. Bagaimanapun, beliau melarang sebarang taqiyah apabila mendatangkan kesan buruk kepada agama Islam. Contohnya bertaqiyah dengan menjadi hamba kepada pemimpin, yang menyebabkan kita membuat bidaah di dalam agama atau apa sahaja kerosakan.

Begitu juga jumhur ulama Syiah juga berpendapat tidak jauh berbeza dengan apa yang saya kemukakan di atas. Pengkaji kebenaran boleh lawati mana-mana laman web Syiah bagi membuktikan perkara ini. Antaranya di laman Islamic Laws yang merupakan satu laman mengumpulkan pendapat dan fatwa ulama-ulama tinggi syiah.

No comments:

Post a Comment