Tuesday, 7 April 2015

Kesesatan Sufi shiah baklawiah(habib)

Tasawuf yang sesat

Tasawuf yang bercampur aduk antara berlebih-lebihan dalam ibadat (Ghuluw) dan Ilmu Kalam dan Falsafah telah membentuk Dunia Sufi yang wujud pada hari ini demikian juga ajaran Syiah adalah tonggak utama berdirinya Tariqat Sufiah ini di mana terbukti kerajaan Syiah Safawiyah Iran didirikan oleh kaum Tariqat Sufi.

Tasawuf dan Falsafah ini telah dicampur aduk dengan baik dan lengkap di tangan Abu Hamid al-Ghazali [w.505H] dan Tasawuf yang wujud pada hari ini semuanya berkiblat kepada kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Abu Hamid al-Ghazali, demikian juga Mukasyafatul Qulub dan lain-lain kitab beliau.

Abu Hamid al-Ghazali dalam Kitab Ihya’ telah menjadikan martabat Tauhid yang paling tinggi adalah Tauhid al-Hallaj (laknatullahi ‘alaih), orang pertama yang menzahirkan akidah Hulul yakni Tuhan masuk ke dalam badannya lalu berbicara atas lisannya: ‘Akulah Tuhan Yang Maha Benar’.
[rujuk Ihya’ Ulumuddin, 3/338]

Imam Az-Zahabi r.h menyatakan dalam Mizan:

"Yang dibunuh kerana zindiqnya", yang telah dihukum bunuh atas fatwa Ulama Islam kerana zindiq dan kufurnya.

Imam Ali al-Maziri al-Siqilli r.h berkata berkenaan Tasawuf yang dibawa al-Ghazali:

“adapun berkenaan mazhab Sufiah, aku tidak tahu kepada siapa dia merujuk berkenaannya, tetapi aku melihat sebahagian komentar yang diberi oleh pengikutnya bahawa dia ada menyebut kitab-kitab Ibn Sina dan apa yang ada di dalamnya dan menyebut juga selepas itu kitab-kitab Abu Hayyan al-Tauhidi, pada pendapatku pada dialah (yakni Abu Hayyan) beliau (al-Ghazali) merujuk dalam Tasawuf ...” 
[Siyar, 19/341]

Abu Hayyan al-Tauhidi, Ali bin Muhammad [w.400 H], digelar sebagai Syeikh al-Sufiah, seorang Ahli Sufi dan Falsafah bermazhab Muktazilah. Telah dihukum kafir dan zindiq.

Imam Ibn al-Jauzi menyebut:

“Zindiq dalam Islam itu tiga: Ibn al-Rawandi, Abu Hayyan al-Tauhidi, dan Abul Ala’ al-Ma’arri; dan yang paling bahaya atas Islam adalah Abu Hayyan.”
[Siyar, 7/120]

Al-Zahabi berkata:

“Seorang sesat mulhid (atheis), Abu Hayyan Ali bin Muhammad bin al-Abbas al-Baghdadi al-Sufi.”
[Siyar 7/119]

Berkata Imam al-Tarthusi r.h:

“..kemudian dia (al-Ghazali) mengikut ajaran Tasawuf dan meninggalkan ilmu dan ahlinya dan memasuki ilmu khawatir (bisikan jiwa) dan para pengkaji hati serta was was syaitan kemudian dia mencampurkannya dengan pendapat-pendapat Falsafah dan ibarat-ibarat al-Hallaj dan mula mencela para Ahli Fiqh dan Mutakallimin dan hampir sahaja dia terkeluar daripada agama. Apabila dia menulis al-Ihya’ dia sengaja bercakap berkenaan ilmu Ahwal dan ibarat-ibarat Sufiah sedangkan dia tidak biasa dengannya dan tiada pengalaman mengetahuinya lalu dia tergelincir daripada atas kepalanya dan memenuhkan kitabnya itu dengan hadis-hadis palsu.” 
[Siyar, 19/339]

Berkata al-Ghazali:

“kaum Sufiah telah memilih Ilmu yang didapati secara Ilham bukan Ilmu Taklim (secara belajar), lalu dia duduk dalam keadaan kosong hati, memberi fokus sambil menyebut: Allah, Allah, Allah secara berterusan maka hendaklah dia mengosongkan hatinya jangan dia sibukkan dengan bacaan al-Quran dan kitab-kitab hadis, lalu apabila dia mencapai had ini dia melazimi khalwat (bersendirian) di rumah yang gelap dan berselubung dengan kainnya ketika itulah dia akan mendengar seruan Yang Maha Benar (mendapat wahyu):

{يَا أَيُّهَا المُدَّثِّرُ } dan {يَا أَيُّهَا المُزَّمِّلُ }

Kata Imam az-Zahabi r.h mengulas perkataan al-Ghazali ini:

“Penghulu sekalian makhluk (Rasulullah saw) mendengar seruan, 
{يَا أَيُّهَا المُدَّثِّرُ}
daripada Jibril yang mendengarnya daripada Allah, sedangkan si dungu ini (al-Ghazali) sama sekali tidak mendengar seruan Yang Maha Benar bahkan dia mendengar seruan Syaitan atau mendengar sesuatu yang tiada realitinya daripada otaknya yang kosong dan taufiq itu hanyalah dengan berpegang dengan Sunnah dan Ijmak.”
[Siyar, 19/334]

Demikianlah sempurnanya adunan kebatilan Tasawuf melalui Abu Hamdi al-Ghazali yang kemudiannya kemuncak Tasawuf Falsafah ini berada di tangan Muhyiddin Ibn ‘Arabi (laknatullahi ‘alaih) pengasas ajaran Wahdatul Wujud yang mengatakan bahawa Tuhan dan Makhluk itu benda yang satu, Tuhan adalah Makhluk dan Makhluk adalah Tuhan.

No comments:

Post a Comment