KHUSUS UTK KARKON SRI PETALING YG JAJA KESAH JANGAN DOA BURUK PADA YG MENZALIMI KITA-Doa Kehancuran Pada Yang
Menzalimi, Biarpun Ahli Jemaahﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ ﻭﺣﺪﻩ ﺻﺪﻕ ﻭﻋﺪﻩ ﻭﻧﺼﺮ ﻋﺒﺪﻩ ﻭﺃﻋﺰ ﺟﻨﺪﻩ
ﻭ ﻫﺰﻡ ﺍﻷﺣﺰﺍﺏ ﻭﺣﺪﻩ
ﻭﺍﻟﺼﻼﺓ ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺍﻟﻤﺼﻄﻔﻰ ﺍﻟﻤﺒﻌﻮﺙ ﺭﺣﻤﺔ
ﻟﻠﻌﺎﻟﻤﻴﻦ
Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah,
Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada
junjungan besar nabi Muhammad serta
keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh
muslimin dan muslimat.
Baru-baru ini kecoh dengan isu ‘Doa
Kehancuran Sesama Islam’. Maka sempat saya
mendengar kupasan Ustaz Azhar Ali lepasan
pelajar Mesir dalam khutbahnya baru-baru ini
yang penuh dengan dalil serta sirah berkenaan
‘Doa
Kehancuran’ serta kupasan yang menarik dari
Ustaz Johari Wahab (lepasan Pakistan dalam
bidang Hadith) dalam kuliah Zohornya yang
lebih terperinci.
Maka di sini saya kongsikan bersama pembaca
sekalian. Hadith ini diriwayatkan oleh sahabat
nabi, Jabir ra.
Di zaman Pemerintahan Khalifah Umar Al-
Khattab ra, Saad bin Abi Waqas telah dilantik
sebagai Gabenor di Kuffah. Beliau merupakan
antara 10 sahabat nabi yang dijamin syurga.
Beliau memeluk Islam sejak umur 17 tahun dan
mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan
musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan
ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang
Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang
meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di
Baqi’.
Beliau juga merupakan antara sahabt nabi yang
apabila berdoa maka akan dimakbulkan oleh
Allah seperti Uwais Al-Qarni. Dua nama ini
disebut oleh nabi. Nabi berpesan kepada Saad
bin Abi Waqas supaya menjaga makan
minumnya dari yang halal maka apabila
diangkat tangan untuk berdoa akan
dimakbulkan.
Maka pada suatu hari, Khalifah menerima
sepucuk surat yang menceritakan tentang aib
Saad bin Abi Waqas. Lantas Umar terus
memecat Saad bin Abi Waqas. Maka Saad
bertemu Umar dan menyatakan bahawa:
“Aku solat kepada mereka sebagaimana aku
solat dibelakang nabi. Tidak aku tambah
ataupun menguranginya walau sedikit pun.”
Maka kata Umar,
“Begitulah juga anggapan aku (Umar) pada
kamu wahai Saad”
Ini menunjukkan bahawa manusia pasti akan
ada silapnya. Sepatutnya Umar melakukan
penyisatannya terlebih dahulu sebelum
melakukan keputusan. Lantas Umar
menghantar utusannya untuk membuat
penyiasatan di seluruh masjid di Kuffah. Hasil
penyiasatan itu, semua jemaah masjid memuji
Gabenor yang dihantar oleh Umar.
Di jemaah Masjid Bni ‘Asim juga memuji
Gabenor yang dihantar Umar kecuali seorang
jemaah yang bernama Usmah bin Qatadah .
Dia mengatakan yang buruk mengenai
Gabenor , Saad bin Abi Waqas iaitu:
1. Pandai bercakap tetapi tidak
melaksanakan – ketika seruan jihad
dikeluarkan, Saad tidak keluar berjihad dan
berada di Kuffah.
2. Mengambil ghanimah dan fai tetapi tidak
mengagihkannya dengan betul.
3. Menjatuhkan hukuman dengan berat
sebelah.
Maka sampailah berita itu kepada Umar. Lalu
Umar memanggil Saad dan menceritakan
tentang hal itu. Ini sangat memalukan Saad
sebagai Gabenor yang mentaati Allah dan Rasul
dipecat dari jawatannya. Beliau difitnah dan
digulingkan dari jawatannya. Maka beliau
berkata, beliau akan berdoa dengan tiga
perkara :
Ya Allah, sekiranya hambaMu ini, Usamah
bin Qatadah melakukan fitnah kepadaku
maka:
1. Panjangkanlah umurnya.
2. Di waktu penghabisan umurnya
merempat dan fakir.
3. Hidupkannya dalam keadaan maksiat.
Semua yang mendengar doa itu tidak
membantah termasuk Umar ra.
Maka pada suatu hari, dilihatnya seorang yang
sangat tua usianya yang hidup dalam kefakiran
berjalan di pasar. Maka apabila dilihatnya
gadis-gadis, dicabulinya tanpa perasaan
belas kasihan. Lalu ditanya pada orang tua itu
mengapakah masih dilakukan hal sebegini??
sedangkan di waktu usia sebegini sepatutnya
dihabiskan masa untuk beribadah. Maka
dijawab oleh orang tua itu,
“Akulah Usamah bin Qatadah yang terkena
doa Saad bin Abi Waqas”
Dipetik dari hadith Riwayat Muslim.
Beberapa pelajaran yang boleh diambil:
1. Jika hendak mendoakan kehancuran pada
orang kafir, maka hendaklah berdoa secara
keseluruhan sebagaimana nabi mendoakan
kehancuran kepada kaum kafir Quraisy.
2. Jika hendak mendoakan kehancuran pada
orang Islam yang menzalimi kita, hendaklah
specific (disebutkan namanya) sebagaimana
Saad bin Abi Waqas berdoa.
3. Jika anda dizalimi maka dibolehkan berdoa
supaya yang menzalimi diberi petunjuk dan
hidayah sebagaimana doa nabi ketika dibaling
batu di Thaif.
4. Jika anda dizalimi maka dibolehkan berdoa
supaya yang menzalimi diberi kehancuran
sebagaimana doa Saad bin Abi Waqas dengan
syarat ada perkataan ‘sekiranya’ di
permulaan doa.
5. Jika anda seorang PIMPINAN yang baik,
maka anda difitnah, dizalimi dan
digulingkan, maka berdoalah kepada Allah
sebagaimana Saad berdoa.
Maka takutlah wahai orang yang berbuat zalim
kerana doa orang yang dizalimi tiada hijab
kepada Allah.
Wallahu’alam.

No comments:
Post a Comment