Perang Salib: Bagaimana ia
bermula dan berakhir
Sehingga abad ke-11 M, di bawah
pemerintahan kaum Muslimin, Palestin
merupakan kawasan yang tertib dan damai.
Orang-orang Yahudi, Nasrani, dan Islam hidup
bersama. Keadaan ini tercipta sejak zaman
Khalifah Umar bin Khattab (638 M) yang
berjaya merebut daerah ini dari empayar
Byzantium (Rom Timur). Namun kedamaian itu
seolah lenyap ditelan bumi setelah Tentera
Salib datang melakukan pencerobohan.
Ceritanya bermula apabila orang-orang
khalifahan Turki Uthmaniyah merebut
Anatolia (Asia Kecil, sekarang wilayah Turki)
dari kekuasaan Alexius I. Pemimpin kaum
Kristian itu meminta tolong kepada Paus
Urban II, merebut kembali wilayah itu dari
cengkaman kaum yang mereka sebut "orang
kafir".
Paus Urbanus II akan memutuskan untuk
mengadakan ekspedisi besar-besaran pada 27
November 1095. Tekad itu semakin membara
selepas Paus menerima laporan bahawa
Khalifah Abdul Hakim yang menguasai Palestin
ketika itu menaikkan cukai ziarah ke Palestin
bagi orang-orang Kristian Eropah. "Ini
rompakan! Oleh kerana itu, tanah suci
Palestin harus direbut kembali, "kata Paus.
Perang melawan kaum Muslimin diumumkan
secara rasmi pada tahun 1096 oleh Takhta
Suci Rom. Paus juga menghantar surat kepada
semua raja di seluruh Eropah untuk turut
serta. Mereka dijanjikan kejayaan,
kesejahteraan, emas, dan tanah di Palestin,
serta syurga bagi para kesatria yang mahu
berperang.
Paus juga meminta anggota Majlis Clermont di
Perancis Selatan terdiri atas para bishop,
ketua biara, bangsawan, kesatria, dan rakyat
awam untuk memberikan bantuan. Paus
menyeru agar bangsa Eropah yang bertikai
perlu bersatu padu untuk mengambil alih
tanah suci Palestin. Hadirin menjawab dengan
bersemangat, "Deus Vult!" (Tuhan
menghendakinya!)
Dari pertemuan terbuka itu ditetapkan juga
bahawa mereka akan pergi berperang dengan
memakai salib di bahu dan baju. Dari sinilah
bermula sebutan Perang Salib (Crusade). Paus
sendiri menyatakan ekspedisi ini sebagai
"Perang Demi Salib" untuk merebut tanah
suci.
Paus berjaya mengumpulkan sekitar 100000
askar. Anak-anak muda, bangsawan, petani,
kaya dan miskin memenuhi panggilan Paus.
Peter The Hermit dan Walter memimpin kaum
miskin dan petani. Namun mereka
dihancurkan oleh Pasukan Turki suku Seljuk di
medan pertempuran Anatolia ketika perjalanan
menuju Baitul Maqdis (Jerusalem).
Tentera Salib utama berasal dari Perancis,
Jerman, dan Normandy (Perancis Selatan).
Mereka diketuai oleh Godfrey dan Raymond
(dari Perancis), Bohemond dan Tancred
(kedua-duanya orang Normandy), dan Robert
Baldwin dari Flanders (Belgium). Pasukan ini
berjaya menakluki kaum Muslimin di medan
perang Antakiyah (Syria) pada tarikh 3 Jun
1098.
Sepanjang perjalanan menuju Palestin, Tentera
Salib membunuh orang-orang Islam. Tentera
Jerman juga membunuh orang-orang Yahudi.
Rombongan besar ini akhirnya tiba di Baitul
Maqdis pada tahun 1099. Mereka terus
melancarkan pengepungan, dan melakukan
pembunuhan. Selepas lima minggu kemudian,
tepatnya 15 Julai 1099, mereka berjaya
merampas Baitul Maqdis dari tangan kaum
Muslimin. Bandar ini akhirnya dijadikan
ibukota Kerajaan Katolik yang terbentang dari
Palestin hingga Antakiyah.
Sejarawan Inggeris, Karen Armstrong
menggambarkan pada tanggal 2 Oktober
1187, Salahuddin Al Ayyubi dan tenteranya
memasuki Baitul Maqdis sebagai penakluk
yang berpegang teguh pada ajaran Islam yang
mulia. Tidak ada dendam untuk membalas
pembunuhan tahun 1099, seperti yang
dianjurkan Al-Qur `an dalam surat An-Nahl
ayat 127:" Bersabarlah (hai Muhammad) dan
tiadalah kesabaran itu melainkan dengan
pertolongan Allah dan janganlah kamu
bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan
janganlah kamu bersempit dada terhadap apa
yang mereka tipu dayakan. "
Permusuhan dihentikan dan Salahuddin
menghentikan pembunuhan. Ini sesuai dengan
firman dalam Al-Qur `an:" Dan perangilah
mereka sehingga tidak ada fitnah lagi dan
agama itu hanya untuk Allah. Jika mereka
berhenti (memusuhi kamu), maka tidak ada
permusuhan lagi, kecuali terhadap orang-
orang yang zalim. "(Al-Baqarah: 193)
Tidak ada seorang Kristian pun yang dibunuh
dan tidak ada perampasan. Jumlah tebusan
juga sangat rendah. Shalahuddin bahkan
menangis tersedu-sedu kerana keadaan
mengerikan keluarga-keluarga yang hancur
berpecah-belah. Dia membebaskan banyak
tawanan, walaupun menyebabkan kekecewaan
bendaharawan negara yang telah lama
menderita. Saudara lelakinya, Al-Malik Al-Adil
bin Ayub juga sedih melihat penderitaan para
tawanan sehingga dia meminta Salahuddin
untuk membawa seribu orang di antara
mereka dan membebaskannya saat itu juga.
Beberapa pemimpin Muslim juga tersinggung
kerana orang-orang Kristian kaya melarikan
diri dengan membawa harta benda, yang
sebenarnya boleh digunakan untuk menebus
semua tawanan. Heraclius membayar tebusan
dirinya sebanyak sepuluh dinar seperti
tawanan lain, dan bahkan diberi pengawal
peribadi untuk mempertahankan keselamatan
harta bendanya selama perjalanan ke Tyre
(Lebanon).
Salahuddin meminta agar semua orang
Nasrani Latin (Katolik) meninggalkan Baitul
Maqdis. Sementara kalangan Nasrani Ortodoks
bukan bahagian dari Tentera Salib tetap
dibiarkan tinggal dan beribadah di kawasan
itu.
Kaum Salib meminta bantuan dari Eropah.
Datanglah pasukan besar di bawah komando
Phillip Augustus dan Richard "Si Hati Singa".
Pada tahun 1194, Richard yang digambarkan
sebagai seorang pahlawan dalam sejarah
Inggeris, memerintahkan untuk menghukum
mati 3000 orang Islam, yang kebanyakan di
antaranya wanita dan kanak-kanak. Tragedi ini
berlaku di Istana Acre. Walaupun orang-orang
Islam menyaksikan kekejaman ini, mereka
tidak pernah memilih cara yang sama.
Suatu hari, Richard jatuh sakit. Mendengar
khabar itu, Salahuddin secara sembunyi
berusaha menziarahinya . Diaa mengendap
Richard. Bukan untuk membunuh tetapi
dengan ilmu perubatan yang hebat Shalahudin
mengubati Richard hingga akhirnya sembuh.
Richard tersentih dengan kebesaran hati
Salahuddin. Dia menawarkan perjanjian damai
dengan mengundurkan pasukan Kristian ke
Eropah.Mereka menandatangani perjanjian
damai (1197). Dalam perjanjian itu,
Salahuddin membebaskan orang Kristian untuk
mengunjungi Palestin dengan syarat mereka
datang dengan aman dan tidak membawa
senjata. Selama lapan abad berikutnya,
Palestin berada di bawah kawalan kaum
Muslimin.
***
Perang Salib IV berlangsung tahun 1204.
Bukan antara Islam dan Kristian, melainkan
antara Takhta Suci Katolik Rom dengan Takhta
Kristian Ortodoks Romawi Timur di
Konstantinopel (sekarang Istanbul, Turki).
Pada Perang Salib V berlangsung tahun
1218-1221. Orang-orang Kristian yang sudah
bersatu berusaha menaklukkan Mesir yang
merupakan pintu masuk ke Palestin. Tapi
usaha ini gagal.
Maharaja Jerman, Frederick II (1194-1250),
mengisytiharkan Perang Salib VI, tapi tanpa
pertempuran. Dia memilih untuk berdialog
dengan Sultan Mesir, Malik Al-Kamil, yang juga
anak saudara Salahuddin. Perjanjian Jaffa
dicapai. Kandungannya, Baitul Maqdis tetap
dikuasai oleh Muslim, tapi Betlehem (kota
kelahiran Nabi Isa 'alaihis-salaam) dan
Nazareth (kota tempat Nabi Isa dibesarkan)
dikuasai orang Eropah-Kristian.
Dua Perang Salib terakhir (VII dan VIII)
dikhabarkan oleh Raja Perancis, Louis IX
(1215-1270). Tahun 1248 Louis menyerbu
Mesir tapi gagal dan dia menjadi tawanan.
Perancis perlu menebus dengan emas yang
sangat banyak untuk membebaskannya.
Tahun 1270 Louis cuba membalas kekalahan
itu dengan menyerang Tunisia. Namun
pasukannya dikalahkan oleh Sultan Dinasti
Mamaluk, Bibars. Louis terbunuh di medan
perang.
Sehingga tempoh Perang Salib berakhir,
beberapa sejarawan Katholik menganggap
bahawa penaklukan Konstantinopel oleh Sultan
Muhammad II Al-Fatih dari Turki (1453) juga
sebagai Perang Salib. Penaklukan Islam oleh
Ratu Sepanyol, Isabella (1492), juga dianggap
Perang Salib.
Tuesday, 24 June 2014
PERANG SALIB
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment