Satu lagi dalil yang di bentangkan sendiri
oleh Hazdrat Maulana Zakaria (salah saorang
pengasas jemaah tabligh di India) dalam
bukunya ‘Fadhilat Tabligh’ beliau ada
mencacatkan sebuah hadis dimana dengan
tidak semena-mena Rasulallah saw bingkas
dengan penoh emosi bersabda: “Demi Allah
kamu semua tidak akan mencapai ke salehan
yang hakiki, kecuali kamu mencegah orang-
orang yang zalim dari kezalimanya” (Sila
rujuk halaman 10 dalam buku berkenaan.)
Selanjutnya Hazdrat Maulana mencatatkan
sebuah hadis lagi: “Kamu hendaklah
mendakwah kebenaran dan mencegah orang-
orang yang melakukan maksiat dan perkara-
perkara yang dilarang dan menyekat para
penzalim. Kalau tidak kamu akan dikutuk dan
hati kamu akan dikurap, sama seperti yang
Allah telah perbuat terhadap bani Israel”
Kemudian Rasulallah saw telah menbaca ayat-
ayat Al-Quran yang menegaskan perkara-
perkara tersebut. Yaitu Bani Israel telah
dikondem Allah kerana tidak mencegah
kemungkaran.
Apa yang kita hadapi sekarang ialah pehak
kerajaan Umno yang memerentah Negara
sendiri yang menaja pokok segala
kemungkaran. Oleh sebab itu para karkoon
yang bersubahat dengan Umno telah
melakukan perbuatan menyangah maksud
hadis ini yang diutarakan oleh pengasas
jemaah kita sendiri (Hazdrat Maulana
Zakaria) Bagaimana boleh jadi demikian?.
Semata-mata kerana jemaah kita seboleh-
bolehnya hendak menyisihkan diri dari
‘politik’.
Pada paragraph terakhir halaman 10,
Maulana mencatatkan sebagai berikut: Pada
masa ini adalah dipandang baik supaya
diadakan perdamaian dan bermanis muka
dengan sekelian orang pada sebarang masa.
Pendapat ini adalah kehendak kesusilaan,
walau pun terpaksa berdamai dengan syaitan
dan para pengikutnya. Nyatalah ini adalah
satu polisi yang salah; dasar yang
mengalakan kedurjanaan. Pada segi agama
dan moral sesaorang mistilah jangan
bersahabat dengan orang-orang yang berbuat
maksiat, yang melangar hukum dan yang
zalim………Nah, sekarang kita sama-sama
paham Maulana Zakaria telah menukilkan ini
sejak tahun 20 han.

No comments:
Post a Comment